Hidup Sebenarku

25 JANUARY 2009

Haiz.... kemelesetan ekonomi. Kerja terjejas, gaji dipotong, cuti yang tak seberapa dipaksa ambil, digantikan pula dengan cuti yang tak bergaji. Inilah padahnya, terlupa siapa yang Berkuasa. Walau bagaimana pun, nak ambil peluang lah ni, untuk meluangkan masa ku, hidupkan kembali, blog-blog yang dah lama mati. Ingat lagi, masa tu pakai blogspot lah, pakai www.sapiansapari.s5.com, semua free. Bila klik pula, masih ada lah. Thanks to beloved wife, rajin sangat, bantu buat ni semua. 

Dulu, semua nak "dump-into-1 site". Sekarang, modalkanlah sikit. Bayar tetap bayar, tapi nak jadi lebih teratur, terpaksalah. Untuk hidup dunia perniagaan, terpaksalah beli domain yang lain. Taklah campur aduk. www.medialite.com.sg Yang ini, lebih mahal dari .com sebab .com.sg, tapi untuk sapiansapari.com takpelah. Ada 2 watak lagi, Zan Sofiyan & Sapian. 

Dunia lakonan, dunia muzik, dunia radio, semua tu cari duit je. Kerjalah katakan. Jadi, si Sapian ni siapa? DJ hantu ke, pelakon bara tu ke, DJ bawa blok ke, ejen rumah ke, haiz... macam-macam dia nak buat, janji boleh datangkan rizki. 

Dah biasa hidup susah dengan orang yang tak pernah hidup susah kan lain? Untuk yang tak biasa tu, bila ekonomi jadi dahsyat macam ni, boleh demam terperanjat.

Holidays!!!

26 JANUARY 2009

Isn't it cool to have such a long weekend? Chinese New Year it is for the chinese, holidays it is for me. Even though I'll be working as Zan later in the afternoon, it is never the same, working during the holidays, and, I get to entertain those enjoying their holidays. Good thing to be working, and shops are all closed, hmm maybe for some but a good excuse not to spend. Save as much, spend as little as possible, laze and catch up with readings, doing the things I've had always wanted, chill at home. 

I'm always impressed by those who have nothing much to do, sit infront of their computer and blog hop, chats, e-shopping, surfing the net for hours and hours, watching youtube, doing nothing but internet. 
For the mediacorp staffs, it is a super long holidays. For those working 8 to 5, are to clear their leaves this week till next. For those 24/7, presenters and tech crews, still goes on like any other days. However, they will have to replace it with offs, or claiming offs, on top of the shut downs and force leaves.
 
So, what can I do? Hmm.. Enjoy those free days. 

Anyway, it is the eclipse of the sun. Catching it in a while before my duty.

Buat baik kerana apa?

23 February 2009

Biasa kita dengar, "Tak guna kau sembahyang kalau kau buat jahat". Ataupun, "buat apa kau pakai tudung kalau masih mengumpat". Yang paling dahsyat saya pernah dengar, "tak pakailah kau tertogang togeng kononnya sembahyang. Tapi kau punya jahat, Tuhan sahaja yang tahu!"

Soalannya ialah, APA, orang jahat tak payah sembahyang ke? Orang jahat tak wajib pakai tudung ke?

Solat ke, tutup aurat sekalipun, semuanya wajib. Dah memang hukum, tetap hukum. Memang pula lumrah manusia ni jahat, suka pada benda-benda yang tak boleh, tetapi benda yang baik dan yang wajib, kenapa bersyarat?

Ada ke kita solat ni, kerana nak menunjuk-nunjuk kita baik? Tentunya tidak. Kita melaksanakan perintah Allah. Bukan kerana kita tak buat jahat, sebab itu kita kena sembahyang. Bukan kerana kita tak minum arak, sebab itu tak payah sembahayang. Dikatakan manusia, semua buat kesilapan. Tak pula dikatakan tak perlu buat perintahNya kalau kita buat jahat.

Pelik bin Ajaib. Kenapa kita sering mempertikaikan tentang perintah Allah sedangkan yang wajib adalah wajib, yang haram, yang makruh, yang harus boleh dan sebagainya, semuanya adalah hukum-hukumnya?

Ada pula yang soalkan tentang, bertudung tapi tak solat? Yang tak bertudung tetapi solat pula bagaimana?

Kita tanyakan kembali. Kenapa mesti soal? Tudung tu wajib, bukan pasal nak menunjuk nunjuk. Solat pun sama. Kita doakanlah, mudah-mudahan kedua-dua golongan ni dapat hidayah, agar tidak meninggalkan salah satu. Dua-dua kita nak.

Semua orang wajib solat dan bertudung. Yang tidak wajib tu, buat jahatnya lah. Mengumpatnya, berjudinya, minum araknya, beli nombornya, sombongnya, dan sebagainya. Mudah-mudahan bila melakukan sesuatu yang baik, ada ganjarannya. Mudah-mudahan juga, dapatlah hidayah dari satu peringkat ke satu peringkat.

Yang patut kita perihatin, ialah mereka yang tak solat, tak bertudung, melakukan maksiat dan segala kejahatan melainkan perintah-perintah Allah. Bila kata begini, ada pula yang katakan, "Eh! Ada orang yang tak sembahyang tu, lebih baik dari orang yang sembahyang apa?"

Nah, lagi-lagi disoalkan tentang sembahyang. Sembahyang itukan wajib. Bukan menunjukkan orang itu baik atau tidak. Yang dia baik sekalipun tak ikut perintah Allah tu kenapa? Kita doakanlah, yang solat pun baik, dan yang baik tu dia solat.

Pakai tudung jadi stereo type. Yang bertudung jadi "Hajah". Yang solat jadi "wali". Yang syaitan jadi iblis, yang iblis jadi Dajjal.

"Dia punya sukalah!!! Dia punya kubur dia jawab, kubur kau, kau jawab!"

Ini dah jadi bab lain. Kita semua tahu, kita bertanggung jawab dan akan dipersoalkan. Ada yang main tarik-tarik nanti.

Sedihkan?

Nak jadi jahat senang. Nak jadi baik, itulah dugaannya.

Nak tunjuk-tunjuk mudah. Nak ikhlaskan diri, itu yang payah.

Kawan ke Lawan?

18 October 2010

Sebaik-baik teman, adalah teman yang menjauhkan diri dari teman-temannya, apabila dia susah dan sebaliknya, apabila dia senang pula, dia mencari teman-temannya untuk berkongsi kesenangannya. DImasa yang sama, teman yang baik akan mencari temannya yang sedang dalam kesusahan dan akan menjauhkan dirinya apabila mengetahui temannya dalam kesenangan. Menjauhkan diri bila mengetahui temannya senang, untuk memberi ruang keselesaan dan menghidari dari menumpang kesenangan temannya itu.

Hanya segelintir golongan manusia yang suka hidup tanpa teman. Ada pepatah ingeris yang mengatakan tentang bila memerlukan pertolongan, dia lah sebaik-baik teman. Tidak dapat dinafikan bahawa, sering kita memerlukan pertolongan orang lain dalam banyak urusan. Yang membezakan seseorang itu sebagai teman baik atau sejati, adalah, dalam keadaan susah dan senang.

Bagi yang suka berteman, ia merupakan sesuatu perkara yang sukar untuk di cari. Perbedaan antara teman sekerja, teman sekolah dan teman seperjuangan mahupun teman sejak kecil, semuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Kadang kalanya, teman yang baru kenal seminit lamanya, adalah yang terbaik diantara semua. Sebab itulah, kita tidak boleh henti berkawan.

Sering juga kita kecewa dengan orang yang kita anggap sahabat. Tak kala kita berkorban buatnya, membantu diluar kemampuan kita, mengongsi ilmu dan pengetahuan setiap apa yang kita tahu, dan segala usaha-usaha buat mereka, akhirnya, kita menjadi pesaing bagi mereka. Seolah-olah diperalatkan dan dipergunakan. Walaupun kita tidak melafaskan kekesalan, tetapi dalam keikhlasan persahabatan dan pertolongan yang kita lakukan, sedikit sebanyak terkesan dengan kesudahan persahabatan itu.

Inilah diantara contoh bagi kawan sekerja. Istilah "colleagues" dan "friends" bagi bahasa ingeris itu, jelas membezakan kedua-duanya. Mungkin kita ikhlas ingin membantu teman yang baru bekerja umpamanya, kita ingin mereka menjadi sebaik mungkin dan kita mencurahkan segala ilmu pengetahuan, fahaman dan pertolongan bagi menjadikan dia pekerja yang berjaya, sekurang-kurangnya sebaik kita. Walaupun itu bukan satu tanggungjawab pekerjaan kita, tetap diusahakan demi kasihan terhadap sang teman yang baru mula bekerja. Tetapi kita terlupa. Dalam dunia pekerjaan, setiap orang mempunyai sasaran mereka sendiri. Mereka sering menerima apa saja yang diberi dengan terbuka. Akhirnya, pertandingan dunia pekerjaan menjadi keutamaan dan raja bagi segala-galanya. Sahabat kemana, kawan kemana, "aku lebih handal dari kau!" Kawan kini menjadi lawan.

Biarlah orang itu bertanding dengan egonya sendiri. Tak perlu risau tentang kata-kata orang lama, "Tok guru ada 10 ilmu, jangan diajar semua. Simpan 1 untuk kekal berpangkat guru".
Ilmu itu luas. Lebih banyak kita kongsi, lebih banyak lagi akan kita nimba. Tak perlu risau tentang menjadi kering dari ilmu kalau kita senantiasa dahagakan ilmu. Bab kawan yang menjadi lawan, tak usahlah dihukum. Seandainya mereka berjaya, biar Allah swt sahaja yang tahu iaitu diantara sebab bagaimana dia berjaya. Ucapkanlah syabas kepada diri sendiri, kerana telah berjaya menjayakan orang lain. Dalam senyap.

Setiap kali "anak murid" kita berjaya, kita akan berganda-ganda lagi berjaya. Yakinlah!