Sebagai pemandu sambilan, abang-abang teksi kita tentu akan menjelaskan tentang tanggung jawab yang berbeza berbanding dengan sepenuh masa. Khidmat beliau juga diperlukan bagi membolehkan pemilik teksi atau penyewa utama berehat dan memastikan duit sewanya ditanggung.
Begitulah istilah dan penjelasan apabila saya disoal tentang peranan saya sekarang setelah tidak meneruskan kontrak saya buat tahun yang keempat pada bulan februari yang lalu.
Banyak perbedaannya namun tugas dan peranan penyampai tidak berubah. Kini sebagai “penganti”, saya dapat tumpukan kepada tugasan 4jam berbanding 8-14jam semasa sebagai pekerja kontrak. Hanya di udara saja dan kurangnya atau tiada tugasan terus dibalik tabir.
Selesa atau tidak, juga dapat disamakan dengan pemandu teksi sambilan. Seolah-olah meminjam kereta orang, haruslah ikut cara pemandu asal. Bagaimana untuk menjaganya, tidak boleh suka-suka menghias atau mengubah coraknya, kerana kita si-sementara. Harus menghormati tuan rumahnya. Begitu juga dengan mengantikan segmen atau ruangan dj sepenuh masa. Tidak boleh mengikut idea dan cara tersendiri kerana kita hanya mengantikan sementara sahaja.
Yang menyenangkan, tentunya para pendengar. Dapat membuat si petugas rasa tenang dan mudah menjalankan tugas mereka. Sehinggakan, si sambilan tidak terasa yang teksi yang dibawa itu adalah teksi orang lain lantas tidak kaku memandunya. Para penumpanglah yang membuat si pemandu selesa.
Sebagai seorang dj sambilan, sudah tentu berpeluang untuk berpindah-pindah antara beberapa rancangan. Lain padang, lain belalang. Semasa saya memegang ruangan malam, saya tidak tahu cara-cara pekerjaan masa-masa lain, contohnya, waktu maghrib dan isyak. Peranannya lebih mencabar.
Yang penting, selagi ada yang meminta, selagi tiada aduan, selagi masih diperlukan, selagi ada kemahuan dan keinginan, dan yang bersangkutan, Zan Sofiyan masih wujud di udara warna, walau hanya dj sambilan.