Skip to content

Busy Mind

Noises in my head in writing

Menu
  • About Me
  • Facebook Page
  • Instagram
  • Soundcloud
  • Tumblr
  • Twitter
  • YouTube
Menu

“Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu”

Posted on July 11, 2022 by admin

Hadith ke 20 dalam Hadith 40 Imam Nawawi ini, diriwayatkan oleh Imam Bukhari, dari Abi Mas’ud Uqbah bin Amru al-Ansari. Abi Mas’ud رضي الله عنه meriwayatkan sebanyak 102 hadith.

Hadith yang pendek ini padat dengan nasihat yang sangat berguna. Perkataan yang digunakan, iaitu “malu”, berkaitan dengan akhlak dan kesopanan seseorang manusia. Perbuatan seseorang itu  mencerminkan watak dan perangainya. Malu itu adalah asas bagi akhlak. Sumber malu itu adalah dari hati atau jiwa yang sedar nilai dirinya, percaya kepada pengawasan Allah ﷻ . Malu, adalah akhlak para nabi Allah ﷻ  dan juga para malaikat.

“Jika tidak malu, kerjakanlah apa yang dikehendaki.”

Hadith ini bukanlah sesuatu pelawaan atau mengajak orang yang tidak malu untuk melakukan apa sahaja yang disukai tetapi, suruhan ini bagaikan sindirian atau sebagai ancaman (tahdid-تهديد).

Menurut pendapat ulama, perintah pada hadith ini terdapat 2 sudut pengertian. 

Sudut pandangan pertama, perintah itu bukan satu suruhan tetapi satu ancaman. Ini sama dengan firman ALlah سبحانه و تعالى dalam surah Fussilat ayat ke 40, اِعْمَلُوْا مَا شِئْتُمْ ۙاِنَّهٗ بِمَا تَعْمَلُوْنَ بَصِيْرٌ yang bermaksud,  Lakukanlah apa yang kamu kehendaki! Sungguh, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Kita juga dapat memahami pengertiannya sebagai satu peringatan kepada sesiapa yang tidak mempunyai perasaan malu, akan melakukan apa sahaja dengan selamba.

Dari sudut pandangan kedua pula, perintah tersebut adalah perintah suruhan. Ini bermaksud, perbuatan yang baik tidak perlu malu untuk melakukannya. Jika perbuatan yang ingin dilakukan itu tidak memalukan sesiapa, sama ada orang lain atau diri sendiri mahupun memalukan Allah ﷻ, maka hendaklah dilakukan apa yang kita inginkan itu. Jangan malu untuk beribadah walaupun kita dipandang pelik atau diejek oran.

Contoh² bertepatan dengan kehidupan hari ini:

Hari ini kita melihat bagaimana orang ramai dengan selambanya mempamerkan maksiat di sosial media, memperjuangkan budaya hubungan sejenis, mendedahkan aurat mereka atau dengan bangganya mereka menafikan kewujudan Allah ﷻ secara terbuka dan bersahaja. Sifat malu yang secara fitrah kini telah hilang. Disengajakan perkara ini agar maksiat dan dosa menjadi perkara yang bukan asing tetapi satu kebiasaan yang diterima orang ramai.

Sebaliknya, orang yang beriman dan mengetahui tentang haramnya berzina, maksiat, berzina atau syirik, kini menjadi malu untuk memperjuangkan yang benar. Sudah menjadi terbalik keadaan hari ini, dengan keberanian melakukan dosa² secara terang-terangan namun bercakap tentang kebenaran agama pula menjadi tersembunyi dalam keadaan malu untuk diketengahkan tentang larangan² Allah ﷻ. Orang yang beriman menjadi tertekan dan malu untuk berdakwah atau menjauhi maksiat kerana beribadah dan menjadi soleh itu menjadi sesuatu yang asing. 

Benarlah, orang yang tidak malu akan melakukan dosa. Namun, orang yang terlalu malu hingga bercakap benar pun menjadi sesuatu yang berat untuk dikerjakan. Malu yang terlarang ini, iaitu melaksanakan perintah Allah ﷻ untuk berpesan-pesan dan menyampaikan kebenaran, haruslah menjadi satu kebiasaan. Apabila kemungkaran menjadi biasa dan hilangnya sifat malu pada orang ramai, kebenaran pula kini menjadi pelik dan terpencil hingga perkara yang tidak seharusnya dimalukan, menjadi sesuatu perkara yang asing pula.

الله المستعان  

3 Pengajaran yang boleh kita renungi:

1. “Apabila kamu tidak malu, kerjakanlah apa yang engkau kehendaki” adalah pengajaran yang diwarisi zaman berzaman, satu-satunya perkataan dari rasul² Allah ﷻ yang terdahulu. Kata² yang penuh kebijaksanaan ini masih lagi boleh diamalkan pada hari ini. Malah, lebih bertepatan lagi untuk pedoman kita hari ini dengan segala gejala² kejahatan yang telah menjadi satu kebiasaan merata dunia.

2. Orang yang tidak beradab, tidak sopan, tidak berbudi pekerti mulia atau tidak mempunyai tata tertib tentunya tidak tahu rasa malu. Walaupun berpendidikan tinggi, ataupun berkelulusan agama sekalipun, tidak menjanjikan seseorang itu tahu berasa malu. Kesombongan boleh mengkaburi diri dan hilanglah perasaan malu. Akhirnya, mereka akan melakukan apa sahaja kerana mereka tidak malu lagi atas alasan mereka sangka kini mereka mempunyai kelulusan tinggi melebihi orang lain, tidak kira orang yang lebih dewasa daripada mereka atau mungkin lebih berpengetahuan berbanding diri mereka. Orang yang tidak malu mungkin sahaja melakukan perkara yang salah kerana kesombongan mereka itu.

3. Orang Islam tentunya tahu tentang keutamaan adab dan akhlak yang baik. Tidak kira dalam beribadah, perhubungan sesama manusia, dalam pekerjaan atau di dalam rumah tangga sekalipun, orang yang beriman pasti sentiasa berjaga-jaga, bukan sahaja malu dengan orang sekeliling, tetapi malu dengan Allah ﷻ . Orang yang tahu malu dan sentiasa menjaga adab, akhlak atau perwatakan mereka, akan disayangi orang lain dan pastinya Allah ﷻ. Menjaga maruah diri dengan menghindari larangan² Allah ﷻ dan mengerjakan perintah²Nya, tentu akan membuat diri kita merasa tentang dan bahagia sentiasa.

والله أعلمُ بالـصـواب

Share this:

  • Share
  • Share on X (Opens in new window) X
  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on Tumblr (Opens in new window) Tumblr
  • Share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Podcast

Bahagian 6. Cintai Bahasa Melayu - Pemuliharaan & Pemeliharaan
Bahagian 6. Cintai Bahasa Melayu - Pemu...
Pengunaan imbuhan yang salah akan membawa maksud yang berlainan. Kata kerja transitif dapat mengenalkan "apa" dan ...
00:10:14
September 01, 2021
Bahagian 5. Cintai Bahasa Melayu - Imbuhan -an dan -i
Bahagian 5. Cintai Bahasa Melayu - Imbu...
Pengunaan imbuhan yang salah akan membawa maksud yang berlainan. Kata kerja transitif dapat mengenalkan "apa" dan ...
00:10:06
August 25, 2021
Bahagian 4. Cintai Bahasa Melayu - Mari Berpantun
Bahagian 4. Cintai Bahasa Melayu - Mari...
Pantun-pantun pusaka dan pantun Melayu lama menjadi warisan kita orang Melayu. Apakah antara pantun yang terkenal ...
00:10:21
August 18, 2021
Bahagian 3. Cintai Bahasa Melayu - Pengunaan Perkataan Justeru
Bahagian 3. Cintai Bahasa Melayu - Peng...
Kamus dewan merupakan rujukan utama untuk kita mengenal pasti makna bagi perkataan-perkataan Bahasa Melayu. Perkat...
00:10:20
August 13, 2021
Zan Sofiyan - Cakap Berima - Lagu Nasi Lemak Epok Epok
Zan Sofiyan - Cakap Berima - Lagu Nasi ...
Dilagukan "Nasi Lemak" untuk menarik perhatian orang apabila penjual bergerak dari rumah ke rumah. Dalam bakul, be...
00:03:11
August 08, 2021
Bahagian 2. Cintai Bahasa Melayu - Apa Maksud "Ianya"?
Bahagian 2. Cintai Bahasa Melayu - Apa ...
Tidak semua perkataan yang kita dengar disebut orang Melayu itu tepat maksudnya atau terdaftar dalam kamus. Malah,...
00:10:40
August 08, 2021
Bahagian 1. Cintai Bahasa Melayu - Tak Belajar Tetapi Lulus
Bahagian 1. Cintai Bahasa Melayu - Tak ...
Dalam episod pertama, Zan berkongsi tentang kenapa diadakan rancangan ini. Bahasa Melayu harus diminati untuk kita...
00:10:00
August 08, 2021

April 2026
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Sep    

%d