Skip to content

Busy Mind

Noises in my head in writing

Menu
  • About Me
  • Facebook Page
  • Instagram
  • Soundcloud
  • Tumblr
  • Twitter
  • YouTube
Menu

suka komen komen….

Posted on July 26, 2011May 16, 2022 by admin

Menonton SURIA dikaca tv, menyaksikan AMP 2011, terperanjat mendengar suara Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Ingeris. Pelbagai reaksi dan komen tiba-tiba muncul. Tak sedap lah, tak layak lah, Melayu abis lah, hancur lah, rosak lah, dan bermacam-macam lagi.

Tidak lah saya marah sebab si Siti tu bekas tunang saya,, tapi simpan lah komen komen tu buat senyuman sendiri. Status di Facebook penuh dengan kritikan dan kutukan orang ramai. Peliknya, sedikit pun si Siti tu tak jatuh miskin. Nyanyi dan dibayar. Yang kritik, habuk pun takda.

Dapat juga kita teliti orang kita, yang gemar untuk membuat komen tentang apa saja yang terlintas. Baik dari keagamaan, ke bidang hiburan, masakan, malah, semua yang boleh dilafaskan akan diperbualkan. Peliknya, komen komen ini semua tidak mendatangkan hasil. Komen yang tidak diperlukan, apatah lagi bergaji.

Sebagai seorang penyiar, lumrah menerima pandangan, teguran, kritikan, komen, maklum balas, pengajaran, pembetulan dan apa saja yang boleh disampaikan oleh rakyat jelata. Dari susunan lagu, ke kandungan rancangan, hingga ke keinginan peribadi.

Komen yang membina merupakan sesuatu yang teramat berharga. Bukan menghancurkan dan bukan pula atas sebab sebab peribadi. Bila ditanya tentang Siti misalnya, “Adakah loghat dan telo Melayu Siti mendendangkan lagu Ingeris, menyusahkan kehidupan awak?” maka akan dibalas dengan, “Apa tak boleh komen ke?”

Bagi pemberita yang membuat komentar dan bukan ulasan di akhbar, sekurang kurangnya mereka akan menerima $50. Namun, mengkritik si Siti kerana bertujuan mengutuk, tak datangkan hasil. Siti tetap dibayar ribuan dolar untuk persembahannya. Yang mengkritik tu, habuk pun takde.

Sering kita dapati, mereka yang membuat komen dan kritikan, adalah mereka yang tidak ada kena mengena dengan hal tersebut. Baik dari keagamaan, hiburan, politik, dan apa saja yang boleh dijadikan modal cerita mereka di kedai kopi misalnya, sebenarnya, tidak menjejas mereka. Setakat membuat bising.

Contoh yang terdekat, seorang teman sekolah saya yang sudah lama tidak ketemu, begitu ghariah membuat saranan kepada saya, seolah-olah, sesuatu yang baru dan belum pernah difikir orang.

“Kenapa tidak Warna membuat syarahan lebih banyak, bacaan ayat-ayat suci al Quran dan buat lebih banyak dakwah seperti radio negara negara jiran?” tegur teman saya.

Orang kita ni, jarang untuk menjawab soalan mereka sendiri dan berfikir mendalam tentang soalan mereka sendiri. Lantas saya menjawab soalannya dengan soalan dan bukan jawapan.

“Apa yang kita ada, yang orang lain tidak ada?” tanya saya.

Kerana tak memahami tujuan soalan itu, saya soal lagi dengan soalan-soalan seterusnya.

“Pernah tak kau dengar stesen radio orang lain, berceramah dan berdakwah agama mereka di udara? Pernah tak mendengar Class 95 melaungkan haliluya dan ‘let us all pray to Jesus Christ?
Haliluyah!’ atau pernah tak kita mendengar stesen bahasa lain yang mengetenggahkan bahan agama mereka di ruangan udara stesen stesen mereka?” ujar saya.

Sebenarnya, saya sedar, bahawa komen atau saranan beliau merupakan sesuatu yang baik. Namun, kekadang kita menyuarakan pandangan berdasarkan emosi, berpandukan kekata orang lain, berlandaskan keinginan yang bukan atas dasar keperluan. Sedihnya pula, yang meminta itu, bukanlah seseorang yang memerlukannya dan hanya membuat kenyataan kerana rasa perlunya meluahkan sesuatu.

Contoh yang boleh kita ketenggahkan ialah, orang-orang yang berbahas tentang terawih; sama ada ia 8 rakaat atau 20 rakaat. Ditambah pula, yang sibuk membincangkan lagi mengkritik, adalah orang-orang yang sedang berminuman minuman keras di siang hari bulan puasa, sedangkan orang lain sedang menjalani perintah Tuhan iaitu berpuasa. Adakah kritikan mereka itu membuahkan hasil? Sesuatu perkara yang kemungkinan besar mereka sendiri tidak lakukan, tetapi sibuk membuat komen dan kritikan tentang perkara sunah. Pejuangan dakhwah sebegini merupakan sesuatu yang dianggap, “Mencari bahan untuk berborak”.

Jika benar yang kita inginkan dakhwah, kita akan mencarinya sedaya upaya dan bukan meminta hidayah datang bergolek dihadapan kita. Contohnya, kini, sebenarnya kita beruntung kerana satu satunya bangsa dan agama yang diberi kelonggaran dan kelebihan untuk berdakwah pada waktu waktu tertentu. Walaupun perlesenan yang diberikan oleh pihak pemerintahan yang berkuasa iaitu MDA, kita masih mendengar bacaan ayat ayat suci dan penterjemaahannya pada awal rancangan Seruan Ilahi 5 pagi. Kemudian azan juga diperdengarkan termasuk syarahan syarahan dan rancangan keagamaan. Walau tidak sepenuhnya, stesen lain tidak ada rancangan keagamaan sama ada agama kristian, hindu, buddist dan taoist dan sebagainya. Kita masih dapat memanfaatkan sepenuhnya.

Jika memang sebenarnya kita dahagakan ilmu, dan radio setempat atau penyiaran setempat tidak dapat perlesenan untuk berbuat demikian, kita masih berpeluang untuk ke pusat pusat pendidikan bertauliah seperti PERGAS, Andalus dan sebagainya. Namun, kita sebenarnya hanya ingin melebihi apa yang ada, dan belum lagi memanfaatkan sepenuhnya wadah yang ada.

Antara soalan yang baik untuk kita renungkan bersama, iaitu, “Mana yang lebih utama: Mencari ILMU atau BERDAKWAH?” Sudah terang, ILMU lebih utama kerana kita tidak dapat berdakwah jika kita tidak berilmu. Secara amnya, orang yang sering berbuat bising dan memberi komen-komen, adalah mereka yang sendiri tidak arif tentang sesuatu perkara ataupun langsung tidak ada kaitan dengan perkara yang dibincangkan.

Komen komen seperti radio warna tidak bagus dan tidak setaraf seperti negara negara lain, merupakan komen yang juga disifatkan sebagai sia sia. Seandainya dakwah yang anda kejarkan, disarankan agar anda mengikuti radio batam Hang FM di 106.0FM. Ia menyiarkan 100% dakhwah dari al-Quran dan sunnah rasul iaitu dari hadith hadith sahih. Jika Hang FM terlalu keras untuk anda, kita berpeluang untuk memilih stesen radio IKIM 106.2FM juga. Radio IKIM 106.2FM menawarkan dakhwah berserta hiburan berupa nasihat seperti nasyeed, syarahan dan keagamaan. Namun, pilihan peribadi saya adalah Hang FM 106FM.

Terserlah, kita mempunyai pilihan yang begitu luas lagi perbagai. Namun, kita sering meletakkan diri kita dalam kerugian dan merunggut mengadu tanpa henti tentang ketidakpuasan hati kita tentang segala galanya. Apakah sebenarnya masalah kita?

Share this:

  • Share
  • Share on X (Opens in new window) X
  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on Tumblr (Opens in new window) Tumblr
  • Share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Podcast

Bahagian 6. Cintai Bahasa Melayu - Pemuliharaan & Pemeliharaan
Bahagian 6. Cintai Bahasa Melayu - Pemu...
Pengunaan imbuhan yang salah akan membawa maksud yang berlainan. Kata kerja transitif dapat mengenalkan "apa" dan ...
00:10:14
September 01, 2021
Bahagian 5. Cintai Bahasa Melayu - Imbuhan -an dan -i
Bahagian 5. Cintai Bahasa Melayu - Imbu...
Pengunaan imbuhan yang salah akan membawa maksud yang berlainan. Kata kerja transitif dapat mengenalkan "apa" dan ...
00:10:06
August 25, 2021
Bahagian 4. Cintai Bahasa Melayu - Mari Berpantun
Bahagian 4. Cintai Bahasa Melayu - Mari...
Pantun-pantun pusaka dan pantun Melayu lama menjadi warisan kita orang Melayu. Apakah antara pantun yang terkenal ...
00:10:21
August 18, 2021
Bahagian 3. Cintai Bahasa Melayu - Pengunaan Perkataan Justeru
Bahagian 3. Cintai Bahasa Melayu - Peng...
Kamus dewan merupakan rujukan utama untuk kita mengenal pasti makna bagi perkataan-perkataan Bahasa Melayu. Perkat...
00:10:20
August 13, 2021
Zan Sofiyan - Cakap Berima - Lagu Nasi Lemak Epok Epok
Zan Sofiyan - Cakap Berima - Lagu Nasi ...
Dilagukan "Nasi Lemak" untuk menarik perhatian orang apabila penjual bergerak dari rumah ke rumah. Dalam bakul, be...
00:03:11
August 08, 2021
Bahagian 2. Cintai Bahasa Melayu - Apa Maksud "Ianya"?
Bahagian 2. Cintai Bahasa Melayu - Apa ...
Tidak semua perkataan yang kita dengar disebut orang Melayu itu tepat maksudnya atau terdaftar dalam kamus. Malah,...
00:10:40
August 08, 2021
Bahagian 1. Cintai Bahasa Melayu - Tak Belajar Tetapi Lulus
Bahagian 1. Cintai Bahasa Melayu - Tak ...
Dalam episod pertama, Zan berkongsi tentang kenapa diadakan rancangan ini. Bahasa Melayu harus diminati untuk kita...
00:10:00
August 08, 2021

April 2026
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Sep    

%d