بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Wahyu pertama yang diturunkan adalah detik paling bersejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad ﷺ. Itulah saat bermulanya tugasan yang sangat mencabar kerana sebagai Rasul Allah ﷻ, Nabi Muhammad ﷺ perlu memengang tanggungjawab yang sangat berat untuk menyelamatkan manusia daripada kesesatan. Nabi Muhammad ﷺ pula dipuji-puji tentang keperibadiannya yang baik oleh kaumnya, sebelum menerima wahyu ini. Dengan penurunan wahyu ini, segala-galanya akan berubah dan akan ada penentangan oleh kaumnya sendiri.
Allah ﷻ telah mewujudkan kecintaan kepada Nabi Muhammad ﷺ dan Allah ﷻ ingin menurunkan rahmat kepada baginda Nabi Muhammad ﷺ serta memberikan kemuliaan dengan mengutusnya kepada semesta alam ini. Maka Allah ﷻ telah mengerakkan Nabi Muhammad ﷺ untuk berkhalwat atau menyendiri di gua Hira, seperti yang biasa dilakukan oleh ahli ibadah pada masa itu.
Menurut Imam Al-Bukhari, Aisyah رضي الله عنها mengisahkan, “Aku saksikan wahyu turun kepada beliau (Nabi Muhammad ﷺ) pada hari yang sangat sejuk yang menusuk tulangnya hingga keningya mengeluarkan peluh” (Sahih Al-Bukhari hadith nombor 2).
Imam Al-Bukhari berkata dari Ummul Mukminin Aisyah رضي الله عنها menceritakan, wahyu yang pertama kali dialami oleh Rasulullah ﷺ adalah berupa mimpi yang benar (ru’yah shalihah) saat tidur. Nabi Muhammad ﷺ tidak melihat mimpi melainkan seperti cahaya Subuh, lalu Nabi Muhammad ﷺ dianugerahi kegemaran untuk menyendiri. Belau menyendiri di gua hira untuk bertahannuth (beribadah dengan menyendiri) beberapa malam sebelum pulang ke rumahnya, tanpa membawa bekal. Lalu Nabi Muhammad ﷺ pulang bertemu Khadijah رضي الله عنها untuk mengambil bekal.
Kehadiran Malaikat Jibril عليه السلام secara tiba² mendampingi Nabi Muhammad ﷺ ketika Rasulullah ﷺ sedang berada di gua Hira pada bulan Ramadan. Nabi Muhammad ﷺ berusia 40 pada ketika itu.
Malaikat Jibril عليه السلام menghampiri dan berseru, “Bacalah!”.
Nabi Muhammad ﷺ menjawab: “Aku tidak boleh membaca.”
Malaikat JIbril عليه السلام memeluk Nabi Muhammad ﷺ sehingga membuatnya sesak dan kemudiannya melepaskan Nabi Muhammad ﷺ.
Malaikat Jibril kembali memerintahkan Nabi Muhammad ﷺ, “Bacalah!”
Demikian perkara itu terjadi sebanyak 3 kali.
Akhirnya, Malaikat Jibril عليه السلام berkata:
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١)
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢)
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣)
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, –
ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤)
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, –
عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥)
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5.
Dalam keadaan yang menggigil ketakutan, Nabi Muhammad ﷺ pulang ke rumah dan bertemu isterinya Khadijah رضي الله عنها .
“Selimuti aku, selimuti aku” kata Nabi Muhammad ﷺ kepada Khadijah رضي الله عنها sehingga hilangnya rasa takut Nabi Muhammad ﷺ.
Menurut Imam Al-Bukhari dalam sahih Al-Bukhari hadis no 3, Khadijah رضي الله عنها menjawab kerisauan Nabi Muhammad ﷺ dengan mengatakan, “Tidak, sekali-kali tidak! Allah tidak akan pernah menghinakanmu selamanya. Kerana engkau suka bersilaturahmi, menanggung beban derita orang lain, membantu orang yang susah, menjamu tamu dan membantu orang yang terkena musibah”
Imam Al-Bukhari menceritakan pula, “Rasulullah ﷺ bersabda, “Maka aku pergi bersama Khadijah رضي الله عنها menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, sepupu kepada Khadijiah.
Waraqah beragama Nasrani dalam masa jahiliyah.(Ada ulama sirah mengatakan beliau menganuti agama hanif, iaitu pengikut agama Nabi Ibrahim عليه السلام ) .
Difahamkan bahawa setelah menceritakan apa yang terjadi, Waraqah mengatakan Nabi Muhammad ﷺ telah menerima wahyu yang telah diturunkan oleh Allah ﷻ kepada Nabi Musa عليه السلام. Waraqah mengatakan alangkah baiknya jika dia masih hidup ketika Nabi Muhammad diusir oleh kaum Nabi Muhammad ﷺ.
Nabi Muhammad ﷺ bertanya apakah Nabi Muhammad ﷺ akan diusir?.
Waraqah menjawab, “Ya. Tidak ada satu orang yang mengalami seperti yang engkau alami ini melainkan dia dimusuhi. Jika suatu saat aku mendapatimu seperti itu, aku akan menolongmu”.
Namun, tidak lama kemudian Waraqah pun meninggal dunia, sementara wahyu pun tidak turun buat beberapa waktu.Boleh dirujuk dalam Shahih Al-Bukhari hadith nombor 3 dan juga Shahih Muslim hadith nombor 160.
Menurut Imam Al Hafizh Ibnu Katsir dalam kitab Sirah Nabi Muhammad ﷺ yang ditahqiq oleh Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, Nabi Muhammad ﷺ tinggal di rumah beberapa waktu sesuai dengan kehendak Allah ﷻ dan Nabi Muhammad ﷺ tidak pernah menyaksikan peristiwa seperti itu lagi.
Difahamkan bahawa Nabi Muhammad ﷺ menjadi sedih kerana tidak ada wahyu yang turun setelah itu. Terdapat riwayat yang menyebut bahawa masa terhentinya wahyu tersebeut lebih kurang selamat dua tahun atau lebih.
Menurut kitab Sirah Nabawiyyah al Raheeq al Makhtum oleh Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy, mengatakan pendapat yang masyhur mengatakan penangguhan wahyu itu berlarutan hingga tiga tahun atau dua tahun setengah, bukanlah pendapat yang sahih dari mana² sudut.
Namun, dikatakan riwayat Ibn Saad daripada Ibn Abbas yang mengatakan penangguhan wahyu itu adalah beberapa hari, merupakan pendapat yang rajih atau berat.
Malah, dikatakan itulah pendapat yang tepat setelah dilihat dari beberapa aspek.
Manakala kitab Sirah Nabawiyah riwayat Imam Al-Bukhari oleh Dr Riyadh Hasyim Hadi, menambah dengan mengatakan bahawa Jabir bin Abdillah Al-Anshari رضي الله عنه bercerita tentang masa turunya wahyu, Rasulullah ﷺ bersabda, “Ketika aku berjalan tiba² aku mendengar suara dari langit. Takala kulihat langit, teryata malaikat yang pernah datang kepadaku saat di gua Hira datang kembali dengan duduk di atas kursi antara langit dan bumi. Maka aku ketakukan terus pulang. “selimutilah aku, selimutilah aku.” Kemudian Allah ﷻ menurunkan ayat:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُدَّثِّرُ (١)
Wahai orang yang berselimut!
قُمۡ فَأَنذِرۡ (٢)
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ (٣)
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ (٤)
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
وَٱلرُّجۡزَ فَٱهۡجُرۡ (٥)
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
Surah Al-Muddaththir, ayat 1 hingga 5.
Menurut Hadith riwayat Muslim hadith nombot 161 dan shahih Al-Bukhari hadith nombor 4, wahyu sering turun setelah ayat 1 hingga ayat 5 surah Al-Muddaththir ini.
والله أعلمُ بالـصـواب