Difahamkan bahawa surah An-Nas dan Surah Al-Falaq diturunkan bersama-sama. Ada banyak jalan riwayat termasuk Al-Bukhari dan Muslim yang mengisahkan tentang Nabi Muhammad ﷺ telah disihir dan usaha kaum Yahudi untuk membunuh Nabi Muhammad ﷺ tetapi Allah ﷻ tidak mengizinkan pembunuhan itu terjadi, sama ada dengan cara sihir atau selainnya. Diriwayatkan bahawa surah an-Nas dan surah Al-Falaq diturunkan untuk membatalkan sihir mereka terhadap Nabi Muhammad ﷺ. Surah² ini diturunkan ketika Nabi Muhammad ﷺ telah disihir dan dikisahkan bahawa 11 ayat An-Nas dan Al-Falaq telah membuka 11 tali simpulan. Difahamkan Nabi Muhammad ﷺ merasa badanya seolah-olah terlepas daripada ikatan. Banyak kitab² tafsir ada menyebut tentang suatu peristiwa yang berhubung dengan ayat yang ke 4 dalam surah al-Falaq, bahawa Nabi Muhammad ﷺ telah disihir oleh seorang Yahudi yang bernama Labid Bin Al-A’sham. Namun, oleh kerana ayat itu menyebutkan “wanita² yang menghembuskan”, ada pendapat yang mengatakan yang melaksanakan sihir itu adalah anak² perempuan Labid. Walaupun kisah tentang siapa yang menyihir dan melaksanakannya terdapat perbezaan pendapat, surah an-Nas ini diturunkan kerana berlakunya penyihiran.
Antara pengajaran/pedoman surah an-Nas:
1. Surah An-Nas mengajarkan manusia cara untuk “Al-Isti’azah” daripada syaitan manusia & jin.
2.Kepentingan menjaga hati-hati kita.
3. Mereka membisik pada hati-hati manusia.
4. Sifat 3: (1) Rububiyyah (2) Malak (3) Uluhiyyah.
Setelah mengikuti kesemuanya termasuk pembacaan buku Pelita Al-Quran tulisan Almarhum Syekh Abdilah Ahmad Al-Jufri, dua pengajaran daripada surah An-Nas adalah:
1. Kita perlu memohon perlindungan dengan Allah ﷻ kerana Allah ﷻ adalah Tuhan yang Maha Berkuasa daripada segala kejahatan dan bahaya yang disebut dalam surah ini iaitu kejahatan syaitan yang menghasut ke dalam hati manusia dan tidak kira dari golongan jin dan manusia.
2. Setiap manusia yang bergelar Mukmin, haruslah benar² yakin bahawa dia tidak akan dapat dianiayai atau menerima apa² bahaya oleh sebarang mahluk selama dia berlindung diri dengan Allah ﷻ kerana Allah ﷻ lah yang Maha Berkuasa terhadap segala-galanya. Sama ada yang baik atau pun sebaliknya, tiada apa² yang akan terjadi selagi Allah ﷻ sendiri yang tidak mengizinkannya.
والله أعلمُ بالـصـواب