Skip to content

Busy Mind

Noises in my head in writing

Menu
  • About Me
  • Facebook Page
  • Instagram
  • Soundcloud
  • Tumblr
  • Twitter
  • YouTube
Menu

Bersungguh-Sungguh Meminta Kepada Allah ﷻ

Posted on September 13, 2022September 13, 2022 by admin

Allah ﷻ dan manusia tentunya berbeza. Kita mungkin segan apabila kita inginkan sesuatu daripada manusia kerana kita tidak pasti dia mampu atau tidak membantu kita. Kita tidak tahu sama ada orang itu ingin membantu kita atau tidak. Kita tidak pasti orang yang kita meminta pertolongan itu ada prasangka terhadap diri kita kerana kita meminta dia sesuatu. Kita tidak pasti orang yang kita meminta pertolongan itu ikhlas atau sebagainya.

Namun, jangan berputus asa dalam meminta pertolongan kepada Allah ﷻ. Allah ﷻ bukan makhluk dan Allah ﷻ Maha Kaya lagi Maha Berkuasa. Allah ﷻ mampu melakukan apa sahaja dan Allah ﷻ tidak akan berkurangan sedikit pun jika kita diberi sesuatu. Kerana Allah ﷻ yang Mencipta segala-galanya, Allah ﷻ lah satu-satunya tempat kita mengadu dan meminta.

Nabi Muhammad ﷺ melarang kita untuk berdoa dengan mengatakan “jika Engkau berkenan” dalam doa² kita. Jangan disamakan Allah ﷻ dengan manusia. Allah ﷻ Maha Kaya dan tentunya Allah ﷻ berkemampuan untuk memperkenankan doa² kita.

Pentingnya mentauhidkan Allah ﷻ sebagai orang Islam, kerana kepercayaan ini akan membuat kita faham kepada siapa yang kita minta. Allah ﷻ Maha Memiliki segala²nya dan tidak dapat kita sangsikan kekuasaan Allah ﷻ dalam memberi apa sahaja yang kita inginkan. Allah ﷻ Maha Pemurah lagi Maha Kaya.

Allah ﷻ suka apabila hamba²Nya meminta kerana orang yang meminta akan sedar dirinya tidak memiliki dan Allah ﷻ yang layak diminta.

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ ٢

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Allah ﷻ yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Tentunya kita mengesakan Allah ﷻ dan ini terletak dalam fahaman Tauhid Rububiyyah.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tauhid Uluhiyyah mengajar kita bagaimana kita beriman bahawa Allah ﷻ sahaja yang layak disembah dan hanya kepada Allah ﷻ kita meminta pertolongan.

Jelaslah, berdoa itu sangat terikat dengan pengesaan Allah ﷻ dan penyedaran bahawa kita ini lemah, sentiasa memerlukan Allah ﷻ.

والله أعلمُ بالـصـواب

Share this:

  • Share
  • Share on X (Opens in new window) X
  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on Tumblr (Opens in new window) Tumblr
  • Share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Podcast

Bahagian 6. Cintai Bahasa Melayu - Pemuliharaan & Pemeliharaan
Bahagian 6. Cintai Bahasa Melayu - Pemu...
Pengunaan imbuhan yang salah akan membawa maksud yang berlainan. Kata kerja transitif dapat mengenalkan "apa" dan ...
00:10:14
September 01, 2021
Bahagian 5. Cintai Bahasa Melayu - Imbuhan -an dan -i
Bahagian 5. Cintai Bahasa Melayu - Imbu...
Pengunaan imbuhan yang salah akan membawa maksud yang berlainan. Kata kerja transitif dapat mengenalkan "apa" dan ...
00:10:06
August 25, 2021
Bahagian 4. Cintai Bahasa Melayu - Mari Berpantun
Bahagian 4. Cintai Bahasa Melayu - Mari...
Pantun-pantun pusaka dan pantun Melayu lama menjadi warisan kita orang Melayu. Apakah antara pantun yang terkenal ...
00:10:21
August 18, 2021
Bahagian 3. Cintai Bahasa Melayu - Pengunaan Perkataan Justeru
Bahagian 3. Cintai Bahasa Melayu - Peng...
Kamus dewan merupakan rujukan utama untuk kita mengenal pasti makna bagi perkataan-perkataan Bahasa Melayu. Perkat...
00:10:20
August 13, 2021
Zan Sofiyan - Cakap Berima - Lagu Nasi Lemak Epok Epok
Zan Sofiyan - Cakap Berima - Lagu Nasi ...
Dilagukan "Nasi Lemak" untuk menarik perhatian orang apabila penjual bergerak dari rumah ke rumah. Dalam bakul, be...
00:03:11
August 08, 2021
Bahagian 2. Cintai Bahasa Melayu - Apa Maksud "Ianya"?
Bahagian 2. Cintai Bahasa Melayu - Apa ...
Tidak semua perkataan yang kita dengar disebut orang Melayu itu tepat maksudnya atau terdaftar dalam kamus. Malah,...
00:10:40
August 08, 2021
Bahagian 1. Cintai Bahasa Melayu - Tak Belajar Tetapi Lulus
Bahagian 1. Cintai Bahasa Melayu - Tak ...
Dalam episod pertama, Zan berkongsi tentang kenapa diadakan rancangan ini. Bahasa Melayu harus diminati untuk kita...
00:10:00
August 08, 2021

April 2026
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Sep    

%d