Skip to content

Busy Mind

Noises in my head in writing

Menu
  • About Me
  • Facebook Page
  • Instagram
  • Soundcloud
  • Tumblr
  • Twitter
  • YouTube
Menu

IbuBapa Meninggal, Anak² Berpecah Belah

Posted on May 17, 2022 by admin

Kita dapat lihat bagaimana kurang meriahnya hari raya setelah yang tua meninggal dunia. Dulu semasa nenek masih hidup, ramai orang datang ke rumah untuk mengunjungi nenek. Ada yang datang sejauh dari Malaysia dan datang semata-mata kerana ingin meziarahi nenek. Rumah sentiasa ada orang yang datang dan itulah hari raya yang boleh saya ingat kerana ramai orang datang kasi duit raya kepada saya.

Setelah nenek meninggal dunia, rumah menjadi sepi. Sepi sangat. Mak, ada keluarga baru kerana Mak ada suami baru. Abah, ada keluarga dia sendiri bersama anak²nya dengan isteri mudanya. Kita adik beradik, duduk lah rumah menonton TV dan makan kuih muih yang ada.

“Nanti satu hari aku ada keluarga sendiri, aku keluar lah jalan raya dengan anak² dan isteri aku..” Saya berangan pada usia belasan tahun itu.

Lumrah kita akan berjalan raya pergi ke rumah atuk nenek kerana kita nak mengunjungi mereka yang tua terlebih dahulu. Kita naik lori ikut pakcik makcik jalan raya selepas mengunjungi nenek. Meriah. Bukan selalu dapat jumpa sepupu. Setahun sekali jalan raya itu penuh keriangan. Tapi, suasana itu tidak kita rasakan lagi.

Setelah meninggal dunianya orang² tua, anak² mungkin sudah tidak ada satu tempat yang akan dikunjungi oleh sanak saudara. Mungkin kerana tidak ada rasa perlunya untuk hadir atau “tunjuk muka” kerana merasakan abang adik kakak tidak sepenting ibubapa yang perlu dihormati sedemikian rupa. Maka, berpecah belahlah adik beradik dengan hal masing².

Jika kita dapat merenung kembali, apa yang menyatukan kita semasa kita kecil, tentunya makan bersama, bermain bersama, menonton TV bersama dan mungkin juga tidur longgok bersama. Setelah berumah tangga, berpasangan dan beranak pinak, tentunya susah untuk melakukan perkara itu disebabkan antara mahram dan yang bukan mahram. Bermulalah adik beradik semakin renggang antara satu dengan yang lain.

Namun, masalah mahram ini tidak akan menjadi pemisah jika kita sering mendirikan solat secara berjemaah. Tentunya kalau dari kecil kita telah dilatih untuk bersolat jemaah, hingga kita berkeluarga pun, kita ingin meneruskan solat secara berjemaah. Masalah mahram atau tidak, tentunya bukan lagi masalah kerana lelaki dan perempuan tidak bercampur dan pastinya juga semua dalam keadaan menutupi aurat.

Kita yang mempunyai anak² kecil ketika ini, latihlah agar kita sentiasa mendirikan solat secara berjemaah agar hati² kita bersatu. Seperti mana kita ingin berkumpul di syurga kelak, begitulah juga kita harus bersatu di dunia, berdiri dan merapatkan saf, untuk mendirikan solat bersama.

Semoga Allah ﷻ menyatu padukan hati² kita, memelihara kita sekeluarga dan keturunan² kita dan mengumpulkan kita di syurgaNya nanti. آمين

Share this:

  • Share
  • Share on X (Opens in new window) X
  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on Tumblr (Opens in new window) Tumblr
  • Share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Podcast

Bahagian 6. Cintai Bahasa Melayu - Pemuliharaan & Pemeliharaan
Bahagian 6. Cintai Bahasa Melayu - Pemu...
Pengunaan imbuhan yang salah akan membawa maksud yang berlainan. Kata kerja transitif dapat mengenalkan "apa" dan ...
00:10:14
September 01, 2021
Bahagian 5. Cintai Bahasa Melayu - Imbuhan -an dan -i
Bahagian 5. Cintai Bahasa Melayu - Imbu...
Pengunaan imbuhan yang salah akan membawa maksud yang berlainan. Kata kerja transitif dapat mengenalkan "apa" dan ...
00:10:06
August 25, 2021
Bahagian 4. Cintai Bahasa Melayu - Mari Berpantun
Bahagian 4. Cintai Bahasa Melayu - Mari...
Pantun-pantun pusaka dan pantun Melayu lama menjadi warisan kita orang Melayu. Apakah antara pantun yang terkenal ...
00:10:21
August 18, 2021
Bahagian 3. Cintai Bahasa Melayu - Pengunaan Perkataan Justeru
Bahagian 3. Cintai Bahasa Melayu - Peng...
Kamus dewan merupakan rujukan utama untuk kita mengenal pasti makna bagi perkataan-perkataan Bahasa Melayu. Perkat...
00:10:20
August 13, 2021
Zan Sofiyan - Cakap Berima - Lagu Nasi Lemak Epok Epok
Zan Sofiyan - Cakap Berima - Lagu Nasi ...
Dilagukan "Nasi Lemak" untuk menarik perhatian orang apabila penjual bergerak dari rumah ke rumah. Dalam bakul, be...
00:03:11
August 08, 2021
Bahagian 2. Cintai Bahasa Melayu - Apa Maksud "Ianya"?
Bahagian 2. Cintai Bahasa Melayu - Apa ...
Tidak semua perkataan yang kita dengar disebut orang Melayu itu tepat maksudnya atau terdaftar dalam kamus. Malah,...
00:10:40
August 08, 2021
Bahagian 1. Cintai Bahasa Melayu - Tak Belajar Tetapi Lulus
Bahagian 1. Cintai Bahasa Melayu - Tak ...
Dalam episod pertama, Zan berkongsi tentang kenapa diadakan rancangan ini. Bahasa Melayu harus diminati untuk kita...
00:10:00
August 08, 2021

April 2026
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Sep    

%d