Skip to content

Busy Mind

Noises in my head in writing

Menu
  • About Me
  • Facebook Page
  • Instagram
  • Soundcloud
  • Tumblr
  • Twitter
  • YouTube
Menu

Kebenaran Itu Pahit

Posted on May 19, 2022May 19, 2022 by admin

Siapa yang suka ditegur tentang kejahatan yang dilakukan? Lumrahlah, keegoan manusia itu menyelimuti dirinya hingga suka dipuji tetapi tidak suka dikeji. Sebagai manusia, kita tidak suka dikongkong dan diberitahu untuk melakukan itu dan ini. Biasanya, orang suka melakukan apa sahaja yang diingini dan tidak suka disekat. Apabila dihalang, bermulalah pertikaian dan yang lebih berkuasa selalunya akan menang dan dapat memerintah dengan sesuka hatinya.

Apabila kita melihat Islam menjadi bahan cemuhan dan kebencian zaman berzaman, kita dapat menilai sendiri sama ada benar atau tidak tuduhan² dan cacian² yang dilontarkan terhadap agama Islam yang suci ini. Kritikan² dan tuduhan² yang jelas bertujuan untuk merosakkan imej suci Islam, selalu akan dimakan oleh musuh² Islam dan pembenci² agama kita tetapi tidak berkesan bagi mereka yang sudah kenal dengan kemurnian sebenar agama Allah ﷻ iaitu Islam.

Tentunya, Islam sudah pun ditentang sejak dakwah pertama Nabi Muhammad ﷺ. Suku puak Quraish, kaum kerabat Nabi Muhammad ﷺ sendiri, yang menentang ajaran Nabi Muhammad ﷺ jauh mencabar daripada apa yang kita lalui pada hari ini. Peristiwa² dan sejarah² Islam seharusnya menjadikan kita lebih mencintai suri teladan dan penghulu kita Nabi Muhammad ﷺ. Kita mengenal Islam hari ini dan dapat mengamalkannya, atas pengorbanan Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat رضي الله عنهم yang berpegang teguh kepada ajaran suci yang sebenar. Terpeliharalah agama Allah ﷻ ini hingga kita dapat memahaminya dan turut mempertahankannya.

Setiap kali agama kita dikecam musuh² Islam, kita tidak lihat pula terruntuhnya agama Allah ﷻ ini. Malah kita mendengar, membaca dan diberitahu tentang semakin ramai orang merata dunia, menganuti agama Islam. Tuduhan bahawa Islam adalah agama pengganas sebagai contoh, tidak dapat dibuktikan selain rekaan demi rekaan yang tidak berasas melalui media masa dan bukan daripada kita semua yang betaqwa kepada Allah ﷻ. Jika benar Islam itu pemisah, penganas atau zalim terhadap wanita sekalipun, tentunya, Islam tidak akan berkembang seperti mana yang kita lihat hari ini.

Semua para Nabi & Rasul mempunyai tugasan yang sama, iaitu untuk mengajak manusia untuk mentauhidkan Allah ﷻ dan jangan mensyirikanNya. Tentangan kaum² para Rasul, jelas menunjukan bahawa susah untuk manusia menerima kebenaran itu. Dengan jelasnya Islam itu adalah satu²nya agama yang boleh membawa bukti dan kebenaran, ini menjadikan ramai manusia yang risau bahawa amalan mereka yang telah mereka amalkan selama itu akan terancam. Bila Islam ini semakin diterima orang ramai dan kebenaran ajaran Nabi Muhammad ﷺ semakin jelas, ramai yang akan meninggalkan agama mereka dan perkara itu sebenarnya telah pun terjadi dalam sejarah Islam zaman berzaman.

Islam ini adalah agama Allah ﷻ dan bukan ciptaan manusia ataupun rekaan Nabi Muhammad ﷺ sendiri. Kita kembalilah kepada Allah ﷻ agar Allah ﷻ memberi kita kekuatan untuk menegakan agama Allah ﷻ dengan mempelajarinya, mengamalkannya, berdakwah dan sentiasa berserah diri kepadaNya. Sesungguhnya Allah ﷻ yang Maha Berkuasa, Allah ﷻ jugalah yang akan Menguasai apa yang akan terjadi. Kita yakin bahawa Allah ﷻ Maha Adil dan tidak mungkin Allah ﷻ akan membiarkan kezaliman berterusan. Tentunya juga kita beriman bahawa Allah ﷻ Maha Bijaksana dan Allah ﷻ Maha Mengetahui kenapa Islam dimusuhi walaupun semakin ramai yang memilih untuk memeluk agama Islam ini.

Jangan putus asa dan jangan berhenti memohon kepada Allah ﷻ. Jangan patah semangat dan teruslah bertaqwa. Berdoalah untuk umat Islam seluruh dunia dan bukan untuk diri kita sahaja. Yakinlah, kita jaga agama Allah ﷻ, Allah ﷻ akan menjaga kita. Syukurilah atas nikmat iman dan menjadi orang Islam. Bersabarlah kerana kita diuji dengan kebencian musuh² Islam. Akhirnya, kita juga yang akan berjaya.

الله المستعان

Share this:

  • Share
  • Share on X (Opens in new window) X
  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on Tumblr (Opens in new window) Tumblr
  • Share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Podcast

Bahagian 6. Cintai Bahasa Melayu - Pemuliharaan & Pemeliharaan
Bahagian 6. Cintai Bahasa Melayu - Pemu...
Pengunaan imbuhan yang salah akan membawa maksud yang berlainan. Kata kerja transitif dapat mengenalkan "apa" dan ...
00:10:14
September 01, 2021
Bahagian 5. Cintai Bahasa Melayu - Imbuhan -an dan -i
Bahagian 5. Cintai Bahasa Melayu - Imbu...
Pengunaan imbuhan yang salah akan membawa maksud yang berlainan. Kata kerja transitif dapat mengenalkan "apa" dan ...
00:10:06
August 25, 2021
Bahagian 4. Cintai Bahasa Melayu - Mari Berpantun
Bahagian 4. Cintai Bahasa Melayu - Mari...
Pantun-pantun pusaka dan pantun Melayu lama menjadi warisan kita orang Melayu. Apakah antara pantun yang terkenal ...
00:10:21
August 18, 2021
Bahagian 3. Cintai Bahasa Melayu - Pengunaan Perkataan Justeru
Bahagian 3. Cintai Bahasa Melayu - Peng...
Kamus dewan merupakan rujukan utama untuk kita mengenal pasti makna bagi perkataan-perkataan Bahasa Melayu. Perkat...
00:10:20
August 13, 2021
Zan Sofiyan - Cakap Berima - Lagu Nasi Lemak Epok Epok
Zan Sofiyan - Cakap Berima - Lagu Nasi ...
Dilagukan "Nasi Lemak" untuk menarik perhatian orang apabila penjual bergerak dari rumah ke rumah. Dalam bakul, be...
00:03:11
August 08, 2021
Bahagian 2. Cintai Bahasa Melayu - Apa Maksud "Ianya"?
Bahagian 2. Cintai Bahasa Melayu - Apa ...
Tidak semua perkataan yang kita dengar disebut orang Melayu itu tepat maksudnya atau terdaftar dalam kamus. Malah,...
00:10:40
August 08, 2021
Bahagian 1. Cintai Bahasa Melayu - Tak Belajar Tetapi Lulus
Bahagian 1. Cintai Bahasa Melayu - Tak ...
Dalam episod pertama, Zan berkongsi tentang kenapa diadakan rancangan ini. Bahasa Melayu harus diminati untuk kita...
00:10:00
August 08, 2021

March 2026
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Sep    

%d