Skip to content

Busy Mind

Noises in my head in writing

Menu
  • About Me
  • Facebook Page
  • Instagram
  • Soundcloud
  • Tumblr
  • Twitter
  • YouTube
Menu

Macam dia seorang sahaja yang betul!

Posted on March 11, 2024 by admin

Mungkin kita sendiri pernah melontarkan kata² kepada orang yang bercakap seperti, “eleh, macam dia tu betul sangat!”, atau mengatakan, “ia lah dia sorang yang akan masuk syurga!”, atau kita merasa orang yang bercakap itu menyalahkan orang lain seperti, “orang lain semua salah, dia aja yang betul!” dan sebagainya. Kenapa agaknya kita terkesan dan menjadi marah dengan apa yang orang katakan? Apakah mungkin orang itu bercakap sembarangan dan kita pasti kita ada hujah dan fakta yang lebih tepat untuk memperbetulkannya?

Memang tidak mustahil dari zaman ke zaman kita melihat ada orang² yang berani bercakap dan membawa diri dengan penuh keyakinan walaupun mereka salah. Mungkin sahaja ada sesuatu yang menyebab diri mereka terlalu yakin dengan apa yang disampaikan dan apa yang mereka memperjuangkan. Berkemungkinan tinggi mereka telah diajar dan mempelajari sesuatu yang telah menjadikan mereka benar² yakin tentang apa yang dibawa mereka sehingga mengkaburi apa sahaja yang dilontarkan kepada mereka kemudiannya. Ada kalanya, kita juga akan mengatakan orang yang bercakap itu gila atau hilang akal, kerana kita tidak boleh terima apa yang disampaikan.

Jika kita bermuhasabah diri dan fikir tentang diri kita, apakah yang kita benar² faham dan percaya? Contohnya tentang pengamalan agama kita. Adakah kita benar² yakin apa yang kita amalkan selama ini benar dan sesuai dengan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad ﷺ? Ataupun kita sekadar ikut²an dengan apa yang dilakukan oleh orang sekeliling kita seperti ibubapa kita, guru² kita, kawan² kita, atau mengikut apa yang dikatakan oleh pengaruh² di media sosial? Pernah atau tidak kita risau jika kita tersalah dan kita meletakkan diri kita dalam kerugian? Atau kita tidak takut kerana ramai yang melakukan dan mengamalkan serupa dengan apa yang kita amalkan, yang memberi kita seakan satu jaminan kita betul?

Bukankah pelik, jika kita memilih untuk mentaruh akhirat kita dengan menyerahkan nasib kita secara sembarangan? Kalau orang yang kita ikuti itu menjerumuskan diri mereka ke dalam kemusnahan, kita akan terus ditarik bersama. Namun jika kita memilih untuk mencari jalan seperti mana mereka yang telah dijanjikan keselamatan, tentunya jaminan itu lebih tinggi kerana sudah ada contoh²nya yang terbukti bahawa mereka telah selamat. Kita perlu melihat apa yang dilakukan golongan² yang berpegang teguh kepada kejituan dan ketepatan ajaran agama dan telah dijanjikan syurga. Mereka merupakan para sahabat رضي الله عنهم. Inilah golongan yang terlebih dahulu lebih faham tentang agama Allah ﷻ kerana mereka berhubung langsung dengan Nabi Muhammad ﷺ.

Awalnya, saya memikirkan, “Siapa yang tidak mahu kebenaran? Adakah orang yang tidak mahu sesuatu yang tulen dan inginkan yang palsu dan tiruan?” Tetapi memang wujud orang² yang lebih mementingkan ego mereka berbanding apa yang tepat dan betul. Walau bagaimana pun, jadilah orang² yang hanya inginkan kebenaran walaupun ramai orang akan mengecam dengan kata² seperti, “Macam dia sorang yang betul!”. Memang kita inginkan hanya yang tulen dan tepat kerana kita tidak mahu sesuatu yang palsu. Ejekkan seperti, “Dia je lah masuk syurga!” akan menjadi kata² yang terbiasa dilontarkan untuk golongan yang benar² ingin memasuki syurga Allah ﷻ. Namun, tentunya kita harus mencari cara dan jalannya; bagaimana untuk mendapatkan syurga Allah ﷻ.

Berani kerana benar. Hanya suatu perkara sahaja yang akan dapat memberikan semangat keberanian dan keyakinan yang tinggi, iaitu kebenaran. Tanpa mengetahui apa yang benar dan apa yang salah, tidak pasti seseorang dapat menyampaikan secara terang²an dan terbuka kerana tentunya jika mereka salah, akan mudah dipatahkan dengan bukti & kebenaran. Namun, apabila seseorang itu tersinggung, terjadilah perbalahan yang tidak berfaedah dan tiada hujah yang dapat dibalas secara hitam dan putih. Maka kerana itulah ajaran² sesat tidak berani menyebarkan ajaran² mereka secara terbuka kerana kesalahan² mereka akan mudah dilihat orang lain, yang tidak dapat diperdayakan seperti mana mereka berjaya menipu pengingkut² mereka.

Berbaik sangkalah terhadap Allah ﷻ. Kita harus meminta syurga firdausNya walaupun kita sedar bahawa diri kita penuh dengan dosa². Kita harus meminta kepada Allah ﷻ agar kita berada dijalan yang benar dan tidak disesatkan. Kita harus sentiasa berdoa agar kita terus berada di landasan yang benar dan terus beristiqamah dengan pengamalan agama dengan mengikuti ajaran² Nabi Muhammad ﷺ yang jitu, tanpa sebarang pemesongan. Dengan ilmu yang benar dan sangkaan² yang bersandarkan fahaman yang tepat, kita dapat bergantung sepenuhnya kepada Allah ﷻ untuk menjadi hamba yang soleh dan menyakini bahawa Allah ﷻ akan terus membantu kita dan memberi hidayah seperti golongan² yang Allah ﷻ telah memilih untuk ke syurgaNya.

Kita menjadi orang Islam, tentunya kerana kita benar² yakin & percaya, inilah agama yang paling benar dan akan membawa kita ke syurga Allah ﷻ. Memang betulah, kita mengatakan, “hanya Islam sahaja yang betul.”

Share this:

  • Share
  • Share on X (Opens in new window) X
  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on Tumblr (Opens in new window) Tumblr
  • Share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Podcast

Bahagian 6. Cintai Bahasa Melayu - Pemuliharaan & Pemeliharaan
Bahagian 6. Cintai Bahasa Melayu - Pemu...
Pengunaan imbuhan yang salah akan membawa maksud yang berlainan. Kata kerja transitif dapat mengenalkan "apa" dan ...
00:10:14
September 01, 2021
Bahagian 5. Cintai Bahasa Melayu - Imbuhan -an dan -i
Bahagian 5. Cintai Bahasa Melayu - Imbu...
Pengunaan imbuhan yang salah akan membawa maksud yang berlainan. Kata kerja transitif dapat mengenalkan "apa" dan ...
00:10:06
August 25, 2021
Bahagian 4. Cintai Bahasa Melayu - Mari Berpantun
Bahagian 4. Cintai Bahasa Melayu - Mari...
Pantun-pantun pusaka dan pantun Melayu lama menjadi warisan kita orang Melayu. Apakah antara pantun yang terkenal ...
00:10:21
August 18, 2021
Bahagian 3. Cintai Bahasa Melayu - Pengunaan Perkataan Justeru
Bahagian 3. Cintai Bahasa Melayu - Peng...
Kamus dewan merupakan rujukan utama untuk kita mengenal pasti makna bagi perkataan-perkataan Bahasa Melayu. Perkat...
00:10:20
August 13, 2021
Zan Sofiyan - Cakap Berima - Lagu Nasi Lemak Epok Epok
Zan Sofiyan - Cakap Berima - Lagu Nasi ...
Dilagukan "Nasi Lemak" untuk menarik perhatian orang apabila penjual bergerak dari rumah ke rumah. Dalam bakul, be...
00:03:11
August 08, 2021
Bahagian 2. Cintai Bahasa Melayu - Apa Maksud "Ianya"?
Bahagian 2. Cintai Bahasa Melayu - Apa ...
Tidak semua perkataan yang kita dengar disebut orang Melayu itu tepat maksudnya atau terdaftar dalam kamus. Malah,...
00:10:40
August 08, 2021
Bahagian 1. Cintai Bahasa Melayu - Tak Belajar Tetapi Lulus
Bahagian 1. Cintai Bahasa Melayu - Tak ...
Dalam episod pertama, Zan berkongsi tentang kenapa diadakan rancangan ini. Bahasa Melayu harus diminati untuk kita...
00:10:00
August 08, 2021

April 2026
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Sep    

%d