Skip to content

Busy Mind

Noises in my head in writing

Menu
  • About Me
  • Facebook Page
  • Instagram
  • Soundcloud
  • Tumblr
  • Twitter
  • YouTube
Menu

Syukur… Kita orang Islam

Posted on September 7, 2024 by admin

Jika kita melihat video² tentang kisah perjalanan seorang mualaf, kita dapat pelajari banyak daripada pengalaman mereka. Mereka menerima hidayah dan mereka dapat membandingkan kehidupan sebelum memeluk agama Islam dan sesudahnya. Kekosongan yang mereka rasakan telah terisi setelah mereka mengisi dengan kepercayaan tentang hari akhirat. Mereka sudah faham erti kehidupan sebenarnya.

Kita sebagai orang yang telah lahir dalam keluarga Islam, seharusnya sentiasa sedar tentang nikmat iman ini. Kita tidak perlu lagi mencari-cari apakah agama yang dapat memandu kehidupan kita. Kita seharusnya lebih kenal tentang Pencipta kita berbanding orang yang baru mengenal Islam. Lihatlah sekeliling kita bagaimana orang² yang tidak mengenal Allah menjadi hilang arah matlamat tujuan hidup, hingga merugikan masa yang mereka diberi. Namun, adakah kita buta dengan nikmat Islam ini?

Jelas di depan mata kita, sentiasa kita ada peringatan² yang berbalik kepada Islam. Bagaimana Allah ﷻ Memerintah kita untuk berfikir. Kita ada arah tujuan dan hanyalah satu sebab kenapa kita dicipta Allah. Kita harus mengabdikan diri dan menyembah hanya Allah. Mudah kehidupan kita jika kita menghambakan diri kepadaNya dan Allah lah yang akan menjaga segala-galanya. Kita tidak perlu tercari-cari apa yang akan mengembirakan kita dan bagaimana kita dapat hidup aman, tenang dan damai. Patuh peraturan Allah dan laksanakan perintah²Nya. Kita dapat lihat kesan kehidupan kita dengan meninggalkan larangan²Nya. Tentunya Allah ﷻ Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana tentang kenapa ada larangan² dan kenapa kita harus menjauhi apa yang tidak disukaiNya.

Allah tidak sahaja Memerintahkan sesuatu perkara tetapi Allah ﷻ telah Mengutus Nabi Muhammad ﷺ untuk menjadi suri teladan dan sebagai guru untuk dicontohi. Para sahabat رضي الله عنهم adalah golongan yang sangat patuh dan sentiasa ingin tahu bagaimana untuk mengabdikan diri kepadaNya. Kita juga seharusnya teruja untuk mempelajari perkara yang harus kita kerjakan dan bagaimana untuk melaksanakannya. Tentunya kita mengaku, Islam ini adalah agama Allah ﷻ dan cara² mengabdikan diri perlukan contoh. Kita tidak boleh mereka agama kita sendiri ataupun menokok tambah cara² mengabdikan diri. Bila kita sebut tentang ibadah soleh, kita harus tahu, apakah cara²nya dan bagaimana untuk mengerjakannya. Itulah yang dilakukan oleh para sahabat رضي الله عنهم sebagai murid yang ingin menjadi hamba Allah yang jujur.

Kita harus sentiasa bersyukur kerana kita telah dipilih Allah ﷻ untuk menjadi hamba²Nya yang celik dan sedar tentang kekuasaan Allah. Kita harus bangga menjadi umat Nabi Muhammad ﷺ dan mengikuti wahyu yang dibawanya. Mukjizat Nabi Muhammad ﷺ adalah al-Quran. Kita dapat mempelajari, membaca, mentadaburi dan mengamalkan al-Quran kerana kita percaya dan yakin, al-Quran itu adalah kalam Allah. Ramai orang yang terlepas pandang tentang Islam dan mereka dalam kegelapan. Kita sebagai orang Islam usahlah pula menjadi golongan yang rugi kerana cahaya ada di depan mata kita. Beruntungnya kita menjadi orang Islam yang ada kitab panduan untuk kehidupan kita di dunia ini dan di akhirat nanti.

الحمدلله

Share this:

  • Share
  • Share on X (Opens in new window) X
  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on Tumblr (Opens in new window) Tumblr
  • Share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Podcast

Bahagian 6. Cintai Bahasa Melayu - Pemuliharaan & Pemeliharaan
Bahagian 6. Cintai Bahasa Melayu - Pemu...
Pengunaan imbuhan yang salah akan membawa maksud yang berlainan. Kata kerja transitif dapat mengenalkan "apa" dan ...
00:10:14
September 01, 2021
Bahagian 5. Cintai Bahasa Melayu - Imbuhan -an dan -i
Bahagian 5. Cintai Bahasa Melayu - Imbu...
Pengunaan imbuhan yang salah akan membawa maksud yang berlainan. Kata kerja transitif dapat mengenalkan "apa" dan ...
00:10:06
August 25, 2021
Bahagian 4. Cintai Bahasa Melayu - Mari Berpantun
Bahagian 4. Cintai Bahasa Melayu - Mari...
Pantun-pantun pusaka dan pantun Melayu lama menjadi warisan kita orang Melayu. Apakah antara pantun yang terkenal ...
00:10:21
August 18, 2021
Bahagian 3. Cintai Bahasa Melayu - Pengunaan Perkataan Justeru
Bahagian 3. Cintai Bahasa Melayu - Peng...
Kamus dewan merupakan rujukan utama untuk kita mengenal pasti makna bagi perkataan-perkataan Bahasa Melayu. Perkat...
00:10:20
August 13, 2021
Zan Sofiyan - Cakap Berima - Lagu Nasi Lemak Epok Epok
Zan Sofiyan - Cakap Berima - Lagu Nasi ...
Dilagukan "Nasi Lemak" untuk menarik perhatian orang apabila penjual bergerak dari rumah ke rumah. Dalam bakul, be...
00:03:11
August 08, 2021
Bahagian 2. Cintai Bahasa Melayu - Apa Maksud "Ianya"?
Bahagian 2. Cintai Bahasa Melayu - Apa ...
Tidak semua perkataan yang kita dengar disebut orang Melayu itu tepat maksudnya atau terdaftar dalam kamus. Malah,...
00:10:40
August 08, 2021
Bahagian 1. Cintai Bahasa Melayu - Tak Belajar Tetapi Lulus
Bahagian 1. Cintai Bahasa Melayu - Tak ...
Dalam episod pertama, Zan berkongsi tentang kenapa diadakan rancangan ini. Bahasa Melayu harus diminati untuk kita...
00:10:00
August 08, 2021

April 2026
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Sep    

%d